Friday, 23 September 2016

Apa itu muscle breakdown (MB)?

Apa itu muscle breakdown (MB)?




Satu perkara yang menjadi kerisauan apabila kita workout adalah 'muscle breakdown'.

Apa itu muscle breakdown (MB)?

Iaitu penguraian sel otot untuk ditukar kepada tenaga. kesan daripada ini akan menyebabkan otot badan kita tidak membesar walaupun sudah setahun workout!

Secara jujur, admin sedang bereksperimentasi berkaitan perkara ini.

Banyak faktor yang menyumbang kepada 'muscle breakdown' ini. Namun pada hari ini satu perkara sahaja admin nak share. Iaitu OVER TRAINING.

Yes! terlebih senaman atau terlebih workout adalah penyumbang utama kepada MB.

Ramai yang menyangka lebih latihan set itu adalah lebih bagus. Sebenarnya 8 set latihan lebih bagus daripada 16 set latihan. Apa yang penting adalah KUALITI dan bukan KUANTITI.

Bagaimana terlebih latihan boleh menyumbang kepada MB?

Apabila kita workout, badan kita mengunakan tenaga simpanan iaitu glikogen bagi memberikan kita tenaga untuk mengangkat beban.

Apabila tenaga simpanan ini telah habis, badan kita akan merembeskan sejenis hormon kortisol bagi membantu kita mengangkat lebih beban dan memberikan lebih kekuatan tambahan.

Tahukah anda, kenaikkan hormon kortisol ini sebenarnya 'mengakis' sel-sel otot anda supaya protein dapat dibebaskan daripada otot tersebut.

Selain daripada itu, hormon kortisol ini juga 'mengakis' sel-sel lemak yang ada pada badan anda. Ini mungkin adalah berita baik tapi berita buruknya anda kehilangan ketumpatan otot anda.

Kesimpulannya, jika anda workout untuk menurunkan berat badan boleh buat latihan berlebihan. Tapi jika hendak bina otot, fokus kepada beban yang berat dan lakukan repetition yang rendah.

Dipetik dari pages Info Diet