Friday, 23 September 2016

Nak badan cantik macam dalam filem 300 ?

Nak badan cantik macam dalam filem 300 ?




Pernah tonton filem "300"

Mesti ramai yang geram melihat perut-perut mereka yang berketul-ketul dengan dada bidang. Jika kita perasan kesemua size otot mereka hampir sama. Ya, semestinya corak latihan dan pemakanan yang sama juga tenaga pengajar orang yang sama.

Asal Mula 300 Workout


Trainer 300 Workout bernama Mark Twight, seorang pendaki gunung yang bertaraf dunia dan guru fitnes ternama yang sangat disegani. Twight sering dipercayai untuk melatih dan membentuk tubuh para atlet, pelakon, anggota tentera, ahli bomba, dan selebriti kelas dunia mereka di gym miliknya, Jones Gym, di Salt Lake City, Utah, AS.

Twight mempunyai program latihan yang mampu membakar lemak, menambah massa otot, dan meningkatkan ketahanan otot sehingga ia diminta melatih para pelakon dan stuntman filem 300 selama 8-12 minggu.

Di akhir program latihan tersebut, Twight mengadakan semacam ujian kelulusan. Ujian tersebut terdiri dari 6 gerakan latihan berintensitas sangat tinggi dengan jumlah total repetisi adalah 300 repetisi. Mereka dinilai berdasarkan berapa lama masa yang diperlukan dalam melakukan ujiian ini. Nah, ujian inilah yang kemudian dikenali sebagai the 300 Workout.

Pola latihan 300 workout

1) Pull up 25reps
2) Deadlift 61kg 50reps
3) Push up 50reps
4) Box jump (60cm) 50reps
5) Floor wipers 50reps
6) Kettlebell Clean and Press (16 kg) 50 reps

Korang nak badan cun macam 300...? buatlah