Wednesday, 7 September 2016

salah faham berkaitan diet.

MISCONCEPTION BERKAITAN DIET.

Ramai antara kita yg sering salah faham berkaitan diet.Mesti korang selalu dgr kawan korang ckp 'takpela tengah diet' bila korang tegur dia tak makan seharian rite?

Diet bukan bermaksud tidak makan sehari,seminggu mahupun sebulan.Badan memerlukan nutrisi yg secukupnya supaya terus sihat.Antara nutrisi yg penting seperti Vitamin,Protein,Karbohidrat dan lemak memainkan peranan yg amat penting kpd tubuh badan.Makan secara seimbang dgn mengambil makanan dr sumber yg bersih amat baik bagi menjamin kesihatan tubuh badan.

Secara asasnya mungkin ramai yg telah membuktikan tanpa makan boleh menjamin penurunan berat badan yg drastik.Namun,kesan disebalik amalan tersebut amat bahaya kerana kita terdedah kepada risiko penyakit gastrik yg tinggi.Apa guna sakitkan badan semata2 ingin kelihatan cantik kn?