Wednesday, 21 September 2016

Tips Makan Tengahari Kat Luar Untuk Orang Bujang /Student/Forever Alone

Tips Makan Tengahari Kat Luar Untuk Orang Bujang /Student/Forever Alone




Tips ini adalah khas untuk bro & sis yang masih lagi dalam perjuangan menurunkan berat badan dimana admin nak menulis secara santai-santai ok. Apabila korang makan kat luar,banyak benda yang korang perlu perhalusi dari segi jenis makanan yang nak diambil.

Antaranya ialah :
[1] Kalau korang diberi pilihan untuk ambik sendiri nasi,ambil satu senduk atau segenggam.
Kalau makcik kafe yang korang kasihi tu sendiri letakkan nasi ke dalam pinggan,cakap kat dia ," acik, ajib nak satu senduk je nasik tau".
Percayalah,satu senduk nasi makcik kafe adalah bersama dengan 2 senduk nasi dari kebiasaan.kahkah!
[2] Ambil protein yang dimasak cara rebus,panggang dan grill.
So korang akan berjaya mengawal kalori pada tahap yang minimum.
Yela kan,katakanlah kalori ayam panggang adalah 160 kcal ,bila bergoreng dah jadi 300-350 kcal.
Kalau bertepung lagi lah kan,bertambah-tambah la kalori dan tinggi kandungan karbohidrat.
* Kalori per hidangan ayam adalah berdasarkan saiz dan bahagian ayam.
[3] Elak pengambilan kuah bertumis,sup dan lain-lain kuah yang bertumis dengan minyak masak.
[4] Ambil sayur-sayuran yang mana tidak ditumis sebagaimana poin no3.
Ulam-ulaman adalah sangat direkemen ok,itu sangat clean.
[5] Ambil air suam atau air kosong.
Biasakan dan jadikan ia sebagai tabiat.
Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa fokus kepada matlamat dan sanggup berhijrah serta berkorban dari tabiat yang tidak baik kepada baik.ok!
Tepat dengan objektif hari raya korban yang InshaAllah akan sama-sama kita sambut esok lusa dah kan.
Mudah kan?
Moga terus istiqamah,elak makan daging berlebihan dan 'aula'kan pemberian daging kepada mereka yang betul-betul memerlukan ok!